Khamis, 31 Mac 2011

KENDURI SKO TANJUNG TANAH - SIMPANG EMPAT KECAMATAN DANAU KERINCI PADA TGL 11 MEI 2008

Azhari Baharuddin
Oleh : Azhari Baharuddin


Sebagaimana tradisi-tradisi dalam upacara adat di setiap masyarakat, upacara kenduri sko memiliki arti penting bagi masyarakat setempat. Kenduri sko merupakan upacara puncak kebudayaan masyarakat Kerinci. Dengan kata lain dapat diartikan sebagai suatu perhelatan tradisional masyarakat Kerinci dengan maksud dan tujuan tertentu. Upacara kenduri sko hanya dilakukan pada desa pesekutuan adat atau masyarakat adat dari dusun asal desa-desa yang memiliki sejarah tetua adat depati ninik mamak dan juga memiliki benda-benda pusaka. Ciri khas upacara adat tersebut adalah penobatan seseorang putra daerah menjadi depati atau pemimpin adat, yang kemudian akan diberi sumpah yang harus dipegang teguh oleh mereka yang dipilih.


Prof. Dr. Uli Kozok, Bupati dan Wakil Bupati Kerinci
Depati Nenek Mamak yang telah di lantik

Sabtu, 26 Mac 2011

TANJUNG TANAH KERINCI

Azhari Baharuddin
 Oleh : Azhari Baharuddin


Tanjung Tanah adalah sebuah negeri atau desa yang termasuk dalam wilayah Kecamatan Danau Kerinci. Desa ini terletak kira-kira 12 Km dari kota sei-penuh, dikelilingi oleh hampiran sawah yang luas tak heran kalau Desa Tanjung Tanah disebut sebagai lumbungnya padi di Kabupaten Kerinci, dengan jumlah penduduk lebih kurang 3000 jiwa yang sebagian besar merantau ke Malaysia. kebanyakan warganya bekerja sebagai petani, nelayan,dan hanya sebagian kecil yang bekerja di pemerintahan.


Khamis, 24 Mac 2011

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG KERINCHI

Abdul Hakam Bin Jamaluddin
By : ABDUL HAKAM BIN JAMALUDDIN
(Warga Malaysia Keturunan Tanjung Tanah)


Artikel ini diambil daripada kebenaran penulis hasil daripada kajian Latihan Ilmiah Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagi mengkaji dan meneliti tentang sejarah pembukaan Kampung Kerinchi ini dapat dikenal pasti bahawa orang yang bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting dalam mengasaskan pembukaan tanah di Kampung Kerinchi dan kawasan di sekitarnya ialah Haji Abdullah bin Ahmad.[1] Kedatangan Haji Abdullah bin Ahmad ke Tanah Melayu bukanlah secara individu tetapi beliau telah datang ke mari dengan membawa isterinya serta ahli keluarga yang lain terutamanya mereka yang tinggal sekampung di tempat asal mereka iaitu Desa Tanjung Tanah, Kerinci. Haji Abdullah bin Ahmad telah datang bersama isterinya yang bernama Hajah Fatimah binti Haji Arfah. Beliau telah datang ke Tanah Melayu bersama keluarga beliau pada abad ke-19. Melalui perkongsian hidup di antara Haji Abdullah dan Hajah Arfah, mereka berdua telah dikurniakan tiga (3) orang anak iaitu Haji Ahmad, Hajah Halijah dan Aishah.

Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor (PAKHS)

Taufik Hj Osman
Pengerusi PAKHS
Oleh : Taufik H. Osman


Group ini ditubuhkan untuk mengumpul semula keturunan kerinchi dan menaikkan semula semangat anak kerinchi di Malaysia ini.Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor ini seterusnya akan meneruskan matlamat utk mewujudkan Persatuan Anak Kerinchi Malaysia.Persatuan ini digagas oleh Taufik Hj Osman yang merupakan Putra keturunan Kerinci Tanjung Tanah, dan pada mesyuarat pertama tahun 2008 Persatuan Anak Kerinchi Hulu selangor dipercayakan kepada Taufik Hj Osman sebagai pengerusinya.


Apa Kata Tuan Hj Taufik Hj Osman (Pengerusi PAKHS pada Mesyuarat Agung Ke 3)

Kata sambutan dari Pengerusi PAKHS Taufik Hj. Osman
"Pada suatu masa dahulu masyarakat Kerinchi merupakan sekumpulan masyarakat yang disegani, dihormati, gagah, kuat berusaha, kaya mempunyai banyak tanah yang di terokai sendiri dimerata-rata negeri, ternama serta yang rapat dengan golongan istana raja-raja Melayu.
Tanpa nenek moyang kita itu bukan sahaja tiada kita di dunia ini, malah tanpa mereka maka tiadalah wujudnya Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum, Bukit Nenas, Sungai Damar, Paya Dalam, Pasir Putih, Hulu Langat dan banyak lagi tempat seluruh Malaysia.

Tidakkah kita terasa berasa bertanggung jawab untuk memelihara harta nenek moyang kita itu? Hartanya bukan setakat tanah dan pulau tetapi juga keterunannya.

Marilah kita bersama-sama bersatu hati meghidupkan kembali keagungan masyarakat Kerinchi dari segi ekonomi, pendidikan, social, rohani, kebudayaan, kebajikan dan sebagainya.
Budaya mementing diri sendiri dan budaya `engkau-engkau aku-aku’ sudah lama berlalu pergi.

Kini zaman telah berubah, segala sumpahan seperti sumpahan Mahsuri juga telah berakhir. Mudah-mudahan dengan tertubuhnya PERSATUAN ANAK KERINCHI HULU SELANGOR ini akan tertunailah satu impian dari suara masyarakat Kerinchi. Diharapkan ini menjadi titik permulaan dan semangat untuk masyarakt Kerinci di daerah lain seluruh Malaysia bangun menghidupkan kembali kemasyhuran serta keagungan masyarakat kerinci peninggalan nenek moyang kita.

Sekali lagi saya mohon, marilah kita berganding bahu melalui persatuan ini, kita bersama-sama menjayakan amanah dan cita-cita nenek moyang kita itu ibarat kata pepatah ` Bersatu kita kuat dan teguh, berpisah kita lemah dan roboh’ dan `Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing’."