![]() |
| Bersama dengan Ibuk Dra. Elviana, Msi Anggota DPR-RI |
Mhs Pascasarjana Univ. Malaya
Kampung Kerinchi di ambil dari sempena Suku Kaum Kerinci, Jambi , Sumatera Indonesia yang berhijrah ke tanah melayu pada abab ke 19. Orang kerinci merupakan orang terawal atau yang pertama menetap di Kampung Kerinchi. Kampung kerinchi terletak bersebelahan dengan kampong Haji Abdullah Hukum di jalan Bangsar. Landasan kereta api dari Kuala Lumpur Ke Klang telah menjadi sempadan bagi kedua-dua perkampungan ini. Kampung Kerinchi mempunyai keluasan lebih kurang 60 ekar (240.000 meter persegi). Nama asal Kampung Kerinchi adalah Kampung Haji Abdullah jalan Bangsar, nama ini di ambil sempena nama Haji Abdullah yang menjadi peneroka pertama membuka Kampung Kerinchi. Ada pendapat menyatakan bahwa bagi mengelakan kekeliruan timbul dikalangan masyarakat luar mengenai perbedaan Kampung Haji Abdullah jalan Bangsar dengan Kampung Haji Abdullah Hukum Jalan Bangsar keadaan ini telah mendorong Tok Empat (Ketua Kampung) untuk menukar nama kampung Haji Abdullah Jalan Bangsar kepada nama Kampung Kerinchi.
| Bupati Kerinci Bersama dengan Elviana, Purba dan wakil Dari KBRI |
