Khamis, 24 Mac 2011

Apa Kata Tuan Hj Taufik Hj Osman (Pengerusi PAKHS pada Mesyuarat Agung Ke 3)

Kata sambutan dari Pengerusi PAKHS Taufik Hj. Osman
"Pada suatu masa dahulu masyarakat Kerinchi merupakan sekumpulan masyarakat yang disegani, dihormati, gagah, kuat berusaha, kaya mempunyai banyak tanah yang di terokai sendiri dimerata-rata negeri, ternama serta yang rapat dengan golongan istana raja-raja Melayu.
Tanpa nenek moyang kita itu bukan sahaja tiada kita di dunia ini, malah tanpa mereka maka tiadalah wujudnya Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum, Bukit Nenas, Sungai Damar, Paya Dalam, Pasir Putih, Hulu Langat dan banyak lagi tempat seluruh Malaysia.

Tidakkah kita terasa berasa bertanggung jawab untuk memelihara harta nenek moyang kita itu? Hartanya bukan setakat tanah dan pulau tetapi juga keterunannya.

Marilah kita bersama-sama bersatu hati meghidupkan kembali keagungan masyarakat Kerinchi dari segi ekonomi, pendidikan, social, rohani, kebudayaan, kebajikan dan sebagainya.
Budaya mementing diri sendiri dan budaya `engkau-engkau aku-aku’ sudah lama berlalu pergi.

Kini zaman telah berubah, segala sumpahan seperti sumpahan Mahsuri juga telah berakhir. Mudah-mudahan dengan tertubuhnya PERSATUAN ANAK KERINCHI HULU SELANGOR ini akan tertunailah satu impian dari suara masyarakat Kerinchi. Diharapkan ini menjadi titik permulaan dan semangat untuk masyarakt Kerinci di daerah lain seluruh Malaysia bangun menghidupkan kembali kemasyhuran serta keagungan masyarakat kerinci peninggalan nenek moyang kita.

Sekali lagi saya mohon, marilah kita berganding bahu melalui persatuan ini, kita bersama-sama menjayakan amanah dan cita-cita nenek moyang kita itu ibarat kata pepatah ` Bersatu kita kuat dan teguh, berpisah kita lemah dan roboh’ dan `Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing’."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan