Khamis, 24 Mac 2011

Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor (PAKHS)

Taufik Hj Osman
Pengerusi PAKHS
Oleh : Taufik H. Osman


Group ini ditubuhkan untuk mengumpul semula keturunan kerinchi dan menaikkan semula semangat anak kerinchi di Malaysia ini.Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor ini seterusnya akan meneruskan matlamat utk mewujudkan Persatuan Anak Kerinchi Malaysia.Persatuan ini digagas oleh Taufik Hj Osman yang merupakan Putra keturunan Kerinci Tanjung Tanah, dan pada mesyuarat pertama tahun 2008 Persatuan Anak Kerinchi Hulu selangor dipercayakan kepada Taufik Hj Osman sebagai pengerusinya.


Pada tanggal 6 Julai 2008 hari Ahad bersamaan 3 Rejab 1429H satu majlis Perjumpaan Silatulrahim Masyarakat Kerinchi telah diadakan di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu.Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang mengalakan dimana terdapat kehadiran terdiri daripada masyarakat Kerinchi dari daerah Hulu Selangor juga dari Kuala Lumpur,Hulu Langat, Kuang, Shah Alam, Sepang, Puchong, Petaling Jaya, Gombak, Perak, Pahangdan banyak lagi. Bermula dari suasana kemeriahan kekerinchian itu, suara ramai didalam majlis tersebut telah mencadang supaya di tubuhkan satu persatuan Kerinchi. Akur kepada peraturan dan undang-undang Pendaftar Pertubuhan (R.O.S.) pada tanggal 3 Februari 2009 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S.) telah meluluskan kewujudan
PERSATUAN ANAK KERINCHI HULU SELANGOR dan telah disempurnakan perasmiannya pada 30 Mei 2009 bersamaa 5 Jamadil Akhir 1430H di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu oleh Yang Berhormat Dato’ Maznah Binti Mazlan.. Dato Maznah Mazlan adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia ia juga keturunan Kerinci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan