Ahad, 17 April 2011

GALERI SEJARAH SMK SRI PANTAI KG. KERINCHI KUALA LUMPUR DIRESMIKAN

Bersama dengan Ibuk Dra. Elviana, Msi Anggota DPR-RI
Oleh : Azhari Baharuddin
Mhs Pascasarjana Univ. Malaya

Kampung Kerinchi di ambil dari sempena Suku Kaum Kerinci, Jambi , Sumatera Indonesia yang berhijrah ke tanah melayu pada abab ke 19. Orang kerinci merupakan orang terawal atau yang pertama menetap di Kampung Kerinchi. Kampung kerinchi terletak bersebelahan dengan kampong Haji Abdullah Hukum di jalan Bangsar. Landasan kereta api dari Kuala Lumpur Ke Klang telah menjadi sempadan bagi kedua-dua perkampungan ini.  Kampung Kerinchi mempunyai keluasan lebih kurang 60 ekar (240.000 meter persegi).  Nama asal Kampung Kerinchi adalah Kampung Haji Abdullah jalan Bangsar, nama ini di ambil sempena nama Haji Abdullah yang menjadi peneroka pertama membuka Kampung Kerinchi. Ada pendapat menyatakan bahwa bagi mengelakan kekeliruan timbul dikalangan masyarakat luar mengenai perbedaan Kampung Haji Abdullah  jalan Bangsar dengan Kampung Haji Abdullah Hukum Jalan Bangsar keadaan ini telah mendorong  Tok Empat (Ketua Kampung) untuk menukar nama kampung Haji Abdullah Jalan Bangsar kepada nama Kampung Kerinchi.

Bupati Kerinci Bersama dengan Elviana, Purba dan wakil Dari KBRI



Kampung Kerinchi merupakan sebuah kawasan penempatan orang melayu yang berada di pingiran Kota Kuala Lumpur. Untuk mengenang jasa para pendatang asal Kabupaten Kerinci, Jambi yang membuka daerah Kampung Kerinchi di pinggiran Kuala Lumpur, beberapa tokoh masyarakat keturunan Kerinchi di Malaysia berinisiatif membuat galeri yang menceritakan kedatangan orang-orang Kerinci di Malaysia. Ide awalnya datang dari  Prof Dr. Dato Abdul Latif Bin Abu Bakar Dosen Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dan juga Ketua PIBG Sekolah Menengah Negeri Sri Pantai, Kampung Kerinchi, tempat galeri ini diresmikan ujar Ketua Bagian Pelayanan Departemen Museum Malaysia, Moh. Noorzairi Salleh kepada Tempo, Jum’at, 15 April 2011. Sebelum memberi penjelasan, Noorzairi menyatakan, memang sempat terjadi salah pengertian antara pihak sekolah dengan pejabat dari Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, Indonesia, tentang konsep galeri tersebut. Konsep pihak sekolah, kata Noorzairi, galeri ini akan menceritakan tentang kedatangan orang-orang Kerinci ke Malaysia hingga membuka kampung Kerinchi di pinggiran Kuala Lumpur. “Namun pihak Kabupaten Kerinci mengira Malaysia akan membuat museum tentang sejarah Kerinci secara keseluruhan” jelasnya.
Prof. Dr. Abdul Latif Bin Abu Bakar Ketua PIBG SMK Sri Pantai
Malaysia ingin mengabadikan sejarah dan budaya Kerinci melalui Galeri Sejarah yang telah diresmikan oleh Dato Ibrahim Bin Ismail Ketua Pengarah Muzium Negara Malaysia di saksikan oleh Bapak Bupati Kerinci H. Murasman dan Arlis Harun Kepala Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kab. Kerinci di SMK Sri Pantai Kg Kerinchi Kuala Lumpur, Senin (18/4/2011). Proyek ini diupayakan akan diteruskan pada sejumlah lokasi perkampungan yang dirintis etnis asal Indonesia. Budayawan sekaligus Ketua Persatuan Ibu Bapak Guru (PIBG) SMK Sri Pantai Kg Kerinchi Kuala Lumpur  Prof. Dr. Dato Abdul Latif  Bin Abu Bakar mengatakan, para pendatang di perkampungan Kerinchi, yang merupakan pusat permukiman masyarakat asal Kabupaten Kerinci, Jambi, telah memberi peranan besar dalam pembangunan Kuala Lumpur. Namun, kampung seluas 60 hektar ini semakin lenyap seiring pesatnya pembangunan gedung perkantoran dan pusat bisnis. "Karena itulah, keberadaan Galeri Sejarah merupakan upaya mengabadikan sejarah dan budaya Kerinci," kata Abdul Latif  dalam rangka peresmian Galeri sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai, Kuala Lumpur.
Peresmian disaksikan langsung oleh Bupati Kerinci, Kepala Dinas Pariwisata Kerinci,  Prof. Dr. Abdul Latif Bin Abu Bakar dan Guru Besar SMK Sri Pantai Kg. Kerinchi Kuala Lumpur Malaysia
Pekan lalu Kepala Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, Arlis  Harun S.pd mengatakan, Sejumlah benda peninggalan budaya dan sejarah akan dipamerkan, seperti alat musik gong ketuk, rebana sikek, sandu (sejenis seruling), dan gendang kerinci dari kayu surian. Kepala SMK Sri Pantai Hamidah mengatakan, tidak ada kepentingan politis di balik pembangunan Galeri Sejarah Kg Kerinchi ini.
Galeri Sejarah
Warga Tanjung Tanah
Galeri Sejarah Kerinci mulai dibangun pada 2006 dan selesai dalam dua tahun.  Galeri memamerkan pakaian adat Kerinci, alat pertanian berupa parang panjang, parang pandak, pedah, atau pedang, tangkai beliung. Ada juga lukah ikan panjang (Lukah  belut), jangki, gong ketuk dari bambu, serta alat rumah tangga dari anyaman pandan. Seluruh dinding galeri dipenuhi papan informasi tentang sejarah dan budaya Kerinci, serta foto para perintis Kampung Kerinchi di Malaysia. Dalam peresmian tersebut akan ditampilkan persembahan kumpulan Dikir Barat SMK Sri Pantai Kg. Kerinchi dan persembahan kesenian khas Kerinci seperti Sike Rabana, Suling Bambu dan Tari Rangguk.
Kumpulan Dikir Barat SMK Sri Pantai
Persembahan Kesenian Khas Kerinci Sike Rebana
Tari Rangguk Kerinci
Menurut Abdul Hakam Jamaluddin keturunan kelima pengasas Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur saya melihat pembangunannya ketika ini akan merumitkan lagi keadaan. Ini kerana ada projek perumahan rakyat dan pembinaan pusat perdagangan akan menyebabkan berlaku kesesakan lebih ketara akibat pertambahan penduduk. Malah lebih mengecewakan apabila pembangunan pusat perdagangan ini tidak menggambarkan unsur tempatan. Perkara ini terbukti apabila pusat perdagangan yang ada di Kampung Kerinchi diberikan nama baru seperti ‘The Sphere’ dan ‘Bangsar South’. Penggunaan nama ini seolah-olah cuba untuk menafikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti terkandung dalam Perlembagaan Negara.
Bupati bersama dengan Pewaris Abdullah Ahmad
Bupati Kerinci, Mantan Ketua PAKHS Mohd Taufik Hj. Osman bersama dgn masyarakat Kerinci di Malaysia
Keadaan ini menunjukkan dengan menggunakan perkataan Inggeris ini akan memberi nilai eksklusif pada pusat perdagangan untuk menarik minat orang datang ke situ. Padahal mereka tidak menyedari tindakan pemaju itu cuba menghilangkan nilai sejarah asal di samping menolak unsur kebudayaan bersifat tempatan. Mereka ini tidak menyedari Kampung Kerinchi pada asalnya dibuka dan diasaskan orang Melayu yang berketurunan Kerinchi dari Sumatera sejak abad ke-19. Orang bertanggungjawab membuka penempatan di Kampung Kerinchi ini ialah Haji Abdullah Ahmad, berasal dari Tanjung Tanah, Kerinci. Pada waktu itu, penempatan yang dibuka ini diberi nama sempena namanya iaitu Kampung Haji Abdullah. Selepas kematian Haji Abdullah Ahmad, nama Kampung Haji Abdullah ditukar kepada Kampung Kerinchi oleh Tok Empat atau Ketua Kampung ketika itu kerana majoriti penduduk di sini terdiri daripada orang Kerinchi. Sumbangan orang Kerinchi begitu besar di samping masyarakat Melayu lain seperti Minangkabau, Mandeiling, Jawa dan Bugis. Bahkan kepentingan orang Kerinchi dalam membangun-kan Kuala Lumpur diangkat dalam pentadbiran Kesultanan Selangor ketika itu apabila Haji Abdullah Hukum dilantik menjadi Datuk Dagang untuk mewakili orang Kerinchi di Kuala Lumpur.
Bupati bersama dengan Pewaris Abdullah Ahmad
Oleh itu, saya berharap pihak terbabit mengambil perhatian dalam mengekalkan nilai tempatan terutama membabitkan warisan dan sejarah orang Melayu di sini. Dalam hal ini saya bukan hanya menumpukan kepada Kampung Kerinchi saja, malah merangkumi nilai warisan orang Melayu di Kuala Lumpur. Pembangunan di Kuala Lumpur yang begitu rancak selepas merdeka menyebabkan orang Melayu mengalami krisis kehilangan jati diri dari segi warisan dan budaya mereka. Banyak nama perkampungan Melayu di Kuala Lumpur yang wujud ketika zaman penjajahan British sudah hilang ditelan zaman atas nama pembangunan. Apa yang perlu dipersoalkan di sini ialah kehilangan nama perkampungan Melayu ini bukanlah dilakukan penjajah tetapi dilakukan oleh kita sendiri sebagai generasi baru yang boleh dikatakan tidak begitu menitikberatkan kepentingan khazanah sejarah warisan negara.
Abdul Hakam Jamaluddin Bersama dengan Bupati Kerinci Murasman





1 ulasan: