Jumaat, 8 April 2011

PAKHS HASRAT BAWA PERSATUAN KETAHAP TERTINGGI

Sinar Harian Jumat 08/04/2011

Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor (PAKHS) berhasrat mengembangkan persatuan ketahap tertinggi menjelang 2013. Pengerusinya Mohd Taufik Hj. Osman berkata, hasrat itu selari dengan visi persatuan iaitu untuk memastikan penyatuan keturunan kerinchi ketahap yang paling maksima. “Saya optimis dengan matlamat itu apabila melihat sendiri kersama padu antara ahli jawatankuasa (AJK) persatuan dan berharap PAKHS akan menjadi contoh kepada masyarakat Kerinchi lain di seluruh Malaysia.



Mohd Taufik Hj. Osman bersama dengan Datuk Maznah Mazlan 



“Harapan kita semua supaya seluruh masyarakat Kerinchi akan bangun berusaha menghidupkan kembali kegemilangan keturunan Kerinchi ini,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung PAKHS Ke 3. Mesyuarat ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan yang juga Penaung persatuan berkenaan. Beliau juga keturunan Kerinci. Mohd Taufik Hj. Osman berkata, menjadi misi PAKHS untuk memartabatkan keturunan kerinci ke tahap yang disegani dalam pelbagai bidang termasuk ilmiah, politik, social dan ekonomi.  Beliau juga berhasrat PAKHS menjadi nadi penggerak kepada pelaksanaan pembangunan Negara sehingga ke persada antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan